"kerajaan Parsi adalah kuasa besar yang wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Mereka mempunyai angkatan tentera dan peralatan perang yang banyak.
Kerajaan Rom juga tidak mampu mengalahkan mereka," jelas khalifah Abu
Bakar.
"Benar, tetapi mereka ada kelemahan berbanding kita. Mereka hanya bergantung
pada bilangan tentera dan peralatan perang yang banyak manakala kita bergantung
pada Allah. Mereka takut mati, tetapi kita mencintai syahid."
Khalifah Abu Bakar tersenyum mendengar kata-kata Khalid bin Walid...
"Bertaqwalah kepada Allah. Jangan tinggalkan sembahyang ketika senang atau susah,
ketika perang ataupun aman, ketika sihat atau sakit,. Saudara akan pergi ke medan
jihad. Serulah mereka kepada islam apabila saudara melalui kawasan kediaman,
arahkan mereka membayar jizyah, perangilah mereka sehingga Allah memberi
kemenangan kepada saudara."
"semasa perang, jangan dibunuh kanak-kanak, orang tua dan mereka yang sakit.
Jangan dibakar kebun ataupun ladang. Jangan dibunuh mereka yang sedang beribadat
ataupun mereka yang berlindung dalam rumah ibadat. Saudara mesti yakin kita
akan mendapat kemenangan.
UCAPAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ sewaktu melepaskan tentera
islam untuk pergi berperang melawan tentera parsi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan