Isnin, 25 Julai 2011

ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS - SIDDIQ...

"kerajaan Parsi adalah kuasa besar yang wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Mereka mempunyai angkatan tentera dan peralatan perang yang banyak.
Kerajaan Rom juga tidak mampu mengalahkan mereka," jelas khalifah Abu
Bakar.
"Benar, tetapi mereka ada kelemahan berbanding kita. Mereka hanya bergantung
pada bilangan tentera dan peralatan perang yang banyak manakala kita bergantung
pada Allah. Mereka takut mati, tetapi kita mencintai syahid."
Khalifah Abu Bakar tersenyum mendengar kata-kata Khalid bin Walid...

"Bertaqwalah kepada Allah. Jangan tinggalkan sembahyang ketika senang atau susah,
ketika perang ataupun aman, ketika sihat atau sakit,. Saudara akan pergi ke medan
jihad. Serulah mereka kepada islam apabila saudara melalui kawasan kediaman,
arahkan mereka membayar jizyah, perangilah mereka sehingga Allah memberi
kemenangan kepada saudara."
"semasa perang, jangan dibunuh kanak-kanak, orang tua dan mereka yang sakit.
Jangan dibakar kebun ataupun ladang. Jangan dibunuh mereka yang sedang beribadat
ataupun mereka yang berlindung dalam rumah ibadat. Saudara mesti yakin  kita
akan mendapat kemenangan.
UCAPAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ sewaktu melepaskan tentera
islam untuk pergi berperang melawan tentera parsi....

Sabtu, 23 Julai 2011

Abdullah bin Rawahah

Wahai diriku, saya sudah bersumpah,
Walau apa terjadi, saudara mesti turun juga,
Sama ada saudara suka ataupun tidak.
Apabila orang ramai sudah menemui Syahid,
Bunyi senjata bergemerincing dengan rancaknya,
Mengapa pula saudara masih tidak mahu Syurga ?
Sudah lama saudara duduk tenang,
Padahal tidaklah saudara ini,
Melainkan berasal daripada setitik air tersisa.....

Abdullah bin Rawahah adalah panglima islam
ketika menentang tentera rom. dan telah menemui
syahid ketika berperang ketika itu. beliau diganti
oleh panglima Khalid Alwalid....




Di sana aku nampak seorang manusia yang mencakar
seterusnya, lalu aku mara ke hadapannya.
Sebaik sahaja aku hendak menataknya, tiba-tiba dia
menjerit. Baru aku tahu yang dia seorang perempuan.
Aku tidak jadi membunuhnya kerana menghormati
pedang Rasulullah SAW, daripada membunuh seorang
perempuan....

Abu Dujanah....