Khamis, 28 April 2011

:Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiupan dan
diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu dibenturkan
keduanya sekali bentur, maka pada hari itu terjadilah hari
kiamat, dan terbelahlah langit kerana pada hari itu langit
menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru
langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat 
menjunjung 'Arasy Tuhanmu diatas mereka".
                                                      { Al-Haqqah: 13-17 }.

Sabtu, 23 April 2011

seorang yang soleh berkata:"aku pernah merasa susah dan resah yang luar biasa.
maka segera aku mengambil mushaf AL-QURAN , dan membacanya.
tiba-tiba sahaja kesusahan itu lenyap, dan ALLAH menggantikan dengan
kegembiraan dan keriangan."

    "sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat 
     betul (agama Islam)"
                                      (Surah Al-Isra':9)
Hakikatnya,hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi.
Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum
kita sampai di atasnya.
Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai
atau tidak di jambatan itu."

Selasa, 19 April 2011

setiap insan pastikan merasa
saat perpisaan terkhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang akan dibawa

terdengar sayup suara dibaca
sayu alunan suara
cemas di dada lemah tak bermaya
terbuka hijap di depan mata

selamat tinggal pada semua
berpisah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baik atau sebaliknya

amalan dan taqwa jadi bekalan
sejahtera,bahagia pulang.....ke sana
sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim

terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi

berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanya kenangan
diiringi doa dan air mata
YANG PERGI TAKKAN KEMBALI LAGI....